Thursday, March 22, 2012

Permulaan.....Langkah pertama yang amat sukar dilakukan...

Blog ini telah lama aku buka tapi aku pun tak tahu kenapa aku mengambil masa yang lama untuk mula menulis. Rasa-rasanya hampir lebih setahun aku tak menulis apa-apa. Mungkin kerana aku sendiri tak tahu apa yang hendak aku nukilkan dalam blog ini. Mungkin tidak pasti apa konsep yang ingin aku ketengahkan. Samada blog hendak diwarnai dengan cerita-cerita politik semasa. Satu topik atau perkara yang sememangnya menjadi kegemaran aku. Atau mungkin aku akan mewarnakan blog ini dengan ceritera kehidupan seharian aku. Atau mungkin juga aku akan mewarna-warnikan blog ini dengan segala kisah dan ceritera yang ingin aku lorekkan, tidak kira hal politik yang sangat amat panas di Malaysia atau ceritera kehidupan samada kerja, keluarga atau apa sahaja. Apa yang pasti ada sesuatu yang perlu diperkatakan dan difikirkan. Mungkin perkara itu akan menjadi satu kenangan yang boleh dirujuk semula oleh anak cucu pada masa akan datang. Mungkin ini adalah hasil membaca buku "Murabi Cinta" @ saifulislam.com. Salah satu topik didalam buku itu yang mengerakkan aku untuk mula menulis "Tuliskan Pengalaman itu". Aku setuju dengan topik itu. Aku perlu menulis supaya aku boleh berkongsi dengan anak cucu aku.

Harap-harap ini bukan coretan aku yang pertama dan terakhir. Aku tahu semuanya terpulang pada aku dengan keizinan dari Yang Maha Esa samada aku akan terus menulis atau sebaliknya. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk meneruskan penulisan blog ini. Aku tahu terlalu banyak yang boleh diceritakan, dikongsikan atau diluahkan. Cuma kadang kala kita tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Seperti pepatah yang selalu kita dengar "Perkara yang paling sukar dalam melakukan sesuatu perkara adalah untuk memulakan langkah pertama". Jadi pada malam Jumaat yang penuh rahmat ini aku memulakan. Semoga Allah memberkati dan memberi aku kekuatan untuk menulis. Kerana sesungguhnya Ia Maha Mengetahui apa yang ingin aku lakukan dan apa yang berlaku pada masa akan datang. Amin.....

No comments:

Post a Comment